Selasa, 2 Februari 2016

Elok untuk buah pinggang

 
12 Jan 16
 
View 2,357 : Today 8
Apa yang anda makan akan mempengaruhi kesihatan anda. Mengekalkan berat yang sihat dan makan seimbang iaitu kurang garam akan membantu anda mengawal tekanan darah. Pesakit diabetes pula perlu diet yang ketat untuk mengawal paras gula dalam darah. Mengawal tekanan darah dan diabetes akan membantu mengurangkan penyakit buah pinggang.
1. Cili Benggala
Cili Bengala
  • 1/2 cawan = 1 mg sodium, 88 mg potassium, 10 mg phosphorus
Cili benggala rendah potassium tetapi mempunyai rasa yang tinggi. Tetapi bukan itu sahaja penyebab ia baik untuk diet buah pinggang, sayur ini juga kaya dengan vitamin C dan A selain B6, asid folik dan serat. Sayur ini baik kerana ia mengandungi lycopene, sejenis antioksidan yang melindungi dari kanser tertentu.
2. Kobis Bulat
Kobis Bulat
  • 1/2 cawan = 6 mg sodium, 60 mg potassium, 9 mg phosphorus
Kobis bulat dibungkus bersama phytochemicals, sejenis bahan kimia berfungsi untuk melindungi makanan daripada rosak akibat radikal bebas. Phytochemicals juga boleh melindungi dan menghentikan perkembangan sel kanser dalam paru-paru, kolon, payudara, pundi kencing, prostat dan kanser ovari disamping meningkatkan kesihatan kardiovaskular. Kobis bulat tinggi Vitamin K, Vitamin C dan Fiber selain kaya dengan Vitamin B dan Asid Folik.
3. Bunga Kobis
Kobis Bunga
  • 1/2 cawan = 9 mg sodium, 88 mg potassium, 20 mg phosphorus
Bunga kobis kaya dengan vitamin C dan sumber folate dan fiber yang bagus. Ia juga dilengkapiindoles, glucosinolates and thiocyanates – sebatian yang meneutralkan bahan bertoksin yang merosakkan mebran sel dan DNA
4. Bawang Putih
Bawang Putih
  • 1 ulas = 1 mg sodium, 12 mg potassium, 4 mg phosphorus
Bawang putih membantu mengelak pembinaan plak pada gigi, merendahkan paras kolestrol dan mengurangkan inflamasi.
5. Bawang
Bawang Merah
  • 1/2 cawan = 3 mg sodium, 116 mg potassium, 3 mg phosphorus
Bawang merupakan sebahagian daripada keluarga alium  dan perasa asas dalam kebanyakan masakan mengandungi unsur sulfur yang memberi bau yang menusuk. Bawang kaya dengan flavonoid terutama quercetin yang merupaka antioksidan kuat yang dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan anti-kanser. Bawang rendah kandungan potassium dan merupakan sumber baik chromium iaitu mineral yang membantu memetabolismakan karbohidrat, lemak dan protein.
6. Epal
Apple
  • Sebiji epal (dengan kulit) = 0 sodium, 158 mg potassium, 10 mg phosphorus
Epal diketahui dapat menurunkan paras kolestrol, mengelakkan sembelit, melindungi daripada sakit jantung dan mengurangkan risiko kanser. Tinggi serat dan unsur anti inflamasi, sebiji epal sehari mungkin boleh mengurangkan kekerapan berjumpa doktor.
7. Kranberi
Kranberi
  • 1/2 cawan  jus koktail = 3 mg sodium, 22 mg potassium, 3 mg phosphorus
  • 1/4 cawan sos kranberi  = 35 mg sodium, 17 mg potassium, 6 mg phosphorus
  • 1/2 cawan kranberi kering = 2 mg sodium, 24 mg potassium and 5 mg phosphorus
Buah beri yang masam dan lazat ini diketahui dapat melindungi daripada jangkitan pada hempedu dengan menghalang bakteria daripada melekat pada dinding hempedu. Dengan cara yang sama, kranberi juga melindungi dinding perut daripada bakteria punca ulser dan melindungi dinding usus dan menggalakkan usus yang sihat. Kranberi juga terbukti melindungi daripada kanser dan sakit jantung.
8. Beri Biru
Beri Biru
  • 1/2 cawan = 4 mg sodium, 65 mg potassium, 7 mg phosphorus
Beri biru adalah tinggi antioksidan fitonutrien yang dipanggil anthocyanidin, yang memberinya warna biru, dan ia kaya dengan unsur semulajadi yang mengurangkan inflamasi. Beri biru merupakan sumber baik vitamin C, mineral mangan yang memastikan tulang yang sihat; dan serat yang juga membantu melindungi otak daripada kesan penuaan. Antioksidan didalam beri biru dan beri yang lain terbukti membantu memperlahankan kadar kerapuhan tulang bagi individu yang rendah tahap estrogen.
9. Rasberi
Rasberi
  •  1/2 cawan = 0 mg sodium, 93 mg potassium, 7 mg phosphorus
Rasberi mengandungi fitonutrien yang dipanggil asid elagik yang membantu meneutralkan radikal bebas di dalam tubuh untuk mengelakkan kerosakan sel. Ia juga mengandungi  flavonoid yang dipanggil anthocyanins, antioksidan yang memberikannya warna merah. Sumber terbaik mineral mangan, vitamin C, serat dan folat, vitamin B, rasberi mungkin mempunyai kandungan yang menghalang pertumbuhan sel kanser dan pembentukan tumor.
10. Strawberi
Strawberi
  • 1/2 cawan (5 biji) = 1 mg sodium, 120 mg potassium, 13 mg phosphorus
Strawberi kaya dengan dua jenis poliphenol  anthocyanins dan ellagitannins. Anthocyaninsmemberi warna merah pada strawberi dan antioksidan kuatyang membantu melindungi struktur sel tubuh dan mengelakkan kerosakan oksidatif. Strawberi merupakan sumber terbaik vitamin C, serat dan mineral mangan. Ianya diketahui dapat melindungi hati juga sebagai anti kanser dan komponen anti inflamasi.
11. Ceri
Buah Ceri
  • 1/2 cawan = 0 mg sodium, 160 mg potassium, 15 mg phosphorus
Ceri terbukti mengurangkan inflamasi jika diambil setiap hari. Ia juga dilengkapi dengan antioksidan dan fitokimia yang melindungi hati.
12. Telur Putih
Telur Putih
  • 2biji (putih sahaja) = 7 grams protein, 110 mg sodium, 108 mg potassium, 10 mg phosphorus
Putih telur adalah protein tulen dan ia menyediakan sumber protein berkualiti tinggi yang lengkap dengan kesemua asid amino yang diperlukan. Untuk diet buah pinggang, putih telur membekalkan protein dengan nilai phosphorus yang rendah berbanding sumber protein lain seperti kuning telur atau daging.
13. Minyak Zaitun
Minyak Zaitun
  • 1 sudu = kurang 1 mg sodium, kurang 1 mg potassium, 0 mg phosphorus
Minyak zaitun merupakan salah satu sumber terbaik asid oleik, sejenis lemak asid bersifat anti-inflamasi. Lemak tunggal tak tepu di dalam minyak zaitun melindungi tubuh dari proses oksidasi. Kajian menunjukkan populasi yang menggunakan minyak zaitun dalam kuantiti yang lebih banyak berbanding minyak sawit menunjukkan kadar penyakit jantung dan kanser yang lebih rendah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan