Isnin, 15 Februari 2016


Amerika Syarikat mempunyai lebih dari 26 juta orang dewasa yang hidup dengan penyakit buah pinggang. Malangnya, hampir 90 peratus dari mereka tidak mengetahui tanda-tanda mereka mengalami penyakit buah pinggang. Ini kerana mereka yang mengalami masalah buah pinggang tidak mengalami gejala hinggalah ia telahpun menjadi semakin serius.
 
Berikut adalah sepuluh tanda-tanda yang memungkin Anda memiliki penyakit buah pinggang.
 
1. Anda medah lelah dan sukar memberi tumpuan.
 
Penurunan berat pada fungsi buah pinggang boleh menyebabkan pengumpulan racun dan kekotoran dalam darah. Ini akan menyebabkan daya tahan tubuh semakin lemah. Anda akan merasa mudah lelah, lemah, dan sukar memberi tumpuan. Penyakit buah pinggang juga boleh menyebabkan anda mengalami anemia yang juga boleh menyebabkan lemah dan lelah.
 
2. Anda mengalami masalah susah tidur
 
Ketika buah pinggang tidak bekerja dengan betul, racun akan berada di dalam darah. Ini boleh menyebabkan anda susah untuk tidur. Penyakit buah pinggang mempunyai hubungan antara obesiti dan penyakit buah pinggang kronik, malah gangguan tidur akan sentiasa terjadi pada mereka mengidap penyakit ini.
 
3. Anda mengalami masalah kulit kering dan gatal
 
Buah pinggang yang sihat boleh bekerja membuang kotoran dan cecair yang tidak diperlukan oleh tubuh anda, membantu menghasilkan sel-sel darah merah, menjaga tulang kuat, dan bekerja untuk mempertahankan jumlah mineral yang sesuai dalam darah.
 
Kulit kering dan gatal boleh menjadi tanda badan anda kekurang mineral. Bila buah pinggang tidak lagi mampu menjaga keseimbangan mineral dan nutrisi dalam darah, maka anda akan mengalami kulit kering.
 
4. Terlalu kerap membuang air kecil
 
Kerap membuang air kecil terutama pada waktu malam boleh menjadi tanda penyakit buah pinggang. Ketika penapis buah pinggang rosak, dapat menyebabkan berlakunya peningkatan dorongan untuk membuang air kecil. Sering membuang air kecil juga boleh menjadi tanda infeksi saluran kencing atau pembesaran prostat pada lelaki.
 
5. Kencing berdarah
 
Buah pinggang yang sihat adalah buah pinggang yang boleh menjaga sel-sel darah dalam tubuh ketika menapis bahan buangan dari darah kepada urin. Namun, jika buah pinggang mengalami kerosak, sel-sel darah ini boleh "bocor" keluar ke dalam urin. Selain tanda penyakit buah pinggang, kencing berdarah juga dapat menjadi petunjuk tumor, batu karang dalam buah pinggang atau infeksi.
 
6. Urin berbuih
 
Buih berlebihan dalam urin terutama ketika anda menyiramnya dalam tandas boleh menunjukkan protein dalam urin. Protein yang selalu ditemui dalam air kencing adalah albumin, protein yang sama seperti dalam telur.
 
7. Anda mengalami bengkak di sekitar mata
 
Protein dalam urin merupakan tanda awal bahawa penapis buah pinggang telah rosak yang menyebabkan protein bocor ke dalam urin. Bengkak di sekitar mata anda boleh disebabkan kerana sejumlah protein dalam urin mengalami kebocoran.
 
8. Pergelangan kaki dan kaki bengkak
 
Fungsi buah pinggang boleh menurun menyebabkan retensi natrium, menyebabkan pembengkakan di kaki dan pergelangan kaki. Pembengkakan pada ekstremiti bawah juga boleh menjadi tanda penyakit jantung, penyakit hati, dan masalah vena kronik pada kaki.
 
9. Nafsu makan yang buruk
 
Ini adalah gejala yang sangat biasa. Tapi pengumpulan racun yang dihasilkan dari penurunan fungsi buah pinggang boleh menjadi salah satu penyebab.
 
10. Mengalami kejang otot
 
Ketidakseimbangan elektrolit dan kejang boleh disebabkan oleh gangguan fungsi buah pinggang. Kadar kalsium yang rendah boleh menyebabkan berlakunya kekejangan pada otot.

Dapatkan dan ketahui Tip & info kesihatan

Pengetahuan asas amat penting sebelum merawat penyakit, ia tidak datang secara tiba-tiba tetapi mempunyai tandanya. Anda mesti tahu supaya rawatan awal dapat dilakukan segera sebelum ia menjadi kronik. Hargai masa SIHAT sebelum datangnya sakit. 

Rawatan & Sihat Tanpa Ubat


Tiada ulasan:

Catat Ulasan