Sabtu, 20 Februari 2016

Kangkong

Khasiat Kangkung. Sayur ini terus popular gara-gara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penurunan harga kangkung sedikit masa lalu.
Waktu itu  menjadi perhatian hangat di media massa, tidak kira cetak mahupun elektronik. Bahkan turut menjadi perbualan dan perdebatan hangat di mana-mana sahaja, termasuklah di warung kedai kopi. Apa istimewanya kangkung sehingga pernah menjadi perbualan hangat?
Kangkung atau nama santifiknya Ipomoea  aqatica adalah sejenis sayuran yang popular di kalangan penduduk Asia Tenggara, terutama Malaysia dan Indonesia. Kangkung juga mudah dan cepat tumbuh, sekitar 4-6 minggu ia akan cepat membesar.Ia menjadi menu alternatif tidak kira di rumah mahupun restoran. Kangkung juga mudah dan murah didapati di Nusantara ini.
Selain digunakan sebagai bahan masakan, kangkung juga digunakan sebagai bahan untuk kesihatan. Berikut adalah contoh khasiat kangkung dari segi kesihatan:
1. Khasiat Kangkung Boleh Tajamkan Penglihatan
Selain daripada lobak merah, ramai yang tidak sedar bahawa kangkung juga mampu penamajamkan penglihatan kita. Kangkung mempunyai vitamin A yang tinggi, iaitu 6300 IU, lebih tinggi daripada sayur bayam. Daripada kajian sains yang dilakukan, semakin tinggi hijau sayur itu,semakin tinggi bertakaroni di dalam sayur tersebut.
2.  Khasiat Kangkung Boleh  Mencegah Imsomnia
Kangkung, mempunyai sifat sedatif, bahan yang boleh menjadi penyebab kepada mengantuk. Kangkung juga berpotensi boleh mengendurkan saraf. Hal ini kerana adanya mineral yang terkandung di dalamnya. Semakin tinggi kuantiti kangkung bila kita ambil, saraf jadi kendur.
Apabila saraf kita kendur, maka tidur kita mungkin akan menjadi lebih berkualiti dan lena.Kebaikannya adalah, jelas kangkung dapat membantu mengatasi masalah tidur/insomnia dan membantu untuk dapat tidur lebih lena.
Awas, mungkin kangkung tidak sesuai dimakan dengan kuantiti yang banyak jika anda di kelas atau di pejabat.
3. Khasiat Kangkung Boleh  Mengurangkan Haid Berlebihan
Khas pada kaum hawa, jika anda mengalami haid berlebihan, anda boleh menggunakan kangkung untuk merawatnya. Caranya : Ambil sekurang-kurangnya setengah kilogram daun kangkung segar. Cucikannya sehingga bersih, lalu ditumbuk halus.
Tuangkan air setengah gelas, saring dan tuangkan sekurang-kurangnya sekurang-kuranya satu sudu teh dan dicampurkan dengan madu. Minum sekali sehari sekaligus. Haid akan jadi baik dan lancar.
4. Khasiat Kangkung Boleh  Menghilangkan Masalah Kulit Gatal
Masalah kulit gatal boleh dirawat menggunakan kangkung dengan cara, ambil daun kangkung yang segar, rebus dengan air kira-kira 5 minit, gunakan air rebusan tadi dan tuangkannya di tempat yang bermasalah tadi.
5. Khasiat Kangkung Boleh  Mengurangkan Masalah Sembelit  Pada Ibu Hamil
Mual dan sembelit adalah perkara lumrah bagi perempuan hamil. Ianya boleh diatasi dengan cara, ambil dalam anggaran seikat daun kangkung,lumatkan dan terus dimakan. Serat tinggi yang ada pada kangkung mampu menghilangkan rasa mual dam sembelit pada ibu yang sarat mengandung.
6. Khasiat Kangkung Boleh  Menghilangkan Kelemumur
Ambil sekurang-kurangnya seikat kangkung, rendamkannya sehingga bertukar warna. Kemudian, cuci rambut dengan air rebusan tadi. Lakukannya dengan kerap nescaya masalah kelemumur akan hilang.
7.  Khasiat Kangkung Boleh  Mencegah Kencing Manis
Hasil ujian di makmal telah membuktikan bahawa ekstrak kangkung sesuai dijadikan penawar kencing manis kerana sifatnya yang anti diabetes. Fungsi ekstrak kangkung adalah menghalang penyerapan gula dalam darah.
8. Khasiat Kangkung Boleh  Kaya dengan Vitamin B dan C
Kandungan vitamin B dan omega yang tinggi ada pada kangkung mampu memberi kesegaran kepada dan memulihkan stress
Mengikut kajian, kandungan vitamin C yang ada pada kankung adalah lebih tinggi daripada buah-buahan yang terdapat di pasaran. Secara tidak langsung Ia dapat membantu meningkatkan antibody pada badan kita

Tiada ulasan:

Catat Ulasan