Selasa, 23 Februari 2016

Sayur Bunga Kobis

7 Khasiat Hebat Sayur Bunga Kobis yang Tidak Kita Tahu

Bunga kobis adalah sumber vitamin C (asid askorbat), folat, vitamin K (phylloquinone) dan vitamin B-6. Vitamin B1 (tiamin), B2 (riboflavin), B3 (niasin), dan sejumlah kecil vitamin E (alfa-tokoferol).Bunga kobis juga menyediakan mineral penting seperti kalsium, magnesium, fosfor, kalium dan mangan tanpa kolesterol berbahaya.
Disamping itu, sayur bunga kobis ini juga mengandungi serat dan gula semulajadi lebih rendah, jika dibandingkan dengan kumpulan familinya yang lain seperti brokoli.
Berikut adalah manfaat sayur bunga kobis untuk kesihatan:
  1. Bunga kobis mengandungi vitamin K yang bersifat anti radang. Pengambilan bunga kobis secara teratur akan memastikan perjalanan darah yang sihat kerana ia akan membantu menjaga pembuluh darah dengan adanya senyawa ‘glucoraphanin’.Persenyawaan ini juga mampu mengurangi risiko stroke pada pesakit jantung.
  2. Kehadiran vitamin C dan selenium membantu memperkuat sistem ketahanan tubuh.
  3. Pengambilan bunga kobis secara teratur membantu menjaga tahap kolesterol tubuh agar tetap terkawal.
  4. Kandungan serat tinggi dalam sayur bunga kobis ini boleh membantu meningkatkan kesihatan usus dan mengurangkan risiko penyakit kanser terutama kanser payudara, kanser paru-paru dan kanser saluran kencing.
  5. Bunga kobis ideal digunakan ketika anda menjalani diet rendah karbohidrat kerana ia tidak mengandungi zat tepung.
  6. Mencegah sembelit.Jika anda sedang sembelit, cubalah untuk minum jus bunga kobis.Serat di dalamnya bermanfaat untuk menghilangkan sembelit dan menurunkan berat badan.
  7. Meningkatkan kesihatan kehamilan. Sepanjang proses kehamilan, anda disarankan menikmati sayur bunga kobis yang kaya dengan folat, vitamin A,vitamin B dan C yang bermanfaat untuk kesihatan janin dalam kandungan. - [bersumber dari wom.my]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan