Sabtu, 14 Mei 2016

Khasiat Halia

Antara Khasiat Halia Yang Anda Tidak Tahu



(**)Halia sememangnya tidak asing dalam kehidupan kita kerana ia banyak digunakan di dalam masakan. Halia menjadi ramuan penyedap!


(**)Halia mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, vitamin A, B dan C, lemak dan asid organik.


(**)Ia dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit seperti angin dalam badan,sakit  kepala, sistem penghadaman bermasalah, muntah, cirit-birit, asma dan pengaliran darah bermasalah.

(**)Selain itu, ia juga dikatakan mampu merawat mati pucuk, lemah tenaga batin, badan kesejukan, sakit pinggang, urat saraf lemah, mabuk kenderaan, batuk kering, kejang, buang air berlendir dan juga darah haid berbau hamis.

(**)Halia berupaya memanaskan tubuh, membantu proses penghadaman, melembutkan dinding perut, dan sebagainya. Malah halia juga dapat meningkatkan kekuatan seks dan meningkatkan pengeluaran sperma.


(**)Kebaikan Halia Untuk Kesihatan:

(**)1. Melancarkan Perjalanan Darah

(**)Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untuk memperbaiki pengaliran darah, sekaligus membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan.



(**)2. Memulihkan Mabuk Perjalanan & ‘Morning Sickness’

(**)Halia dapat mengatasi rasa loya yang dikaitkan dengan mabuk seperti mabuk perjalanan,mabuk laut dan juga ‘morning sickness’. Malah ia juga dapat mengatasi ketidakselesaan perut sebanyak 75 peratus.



(**)3. Mencegah Demam & Selsema

(**)Halia telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semulajadi untuk demam dan selesema di seluruh Asia. Caranya, rendam dua sudu besar halia segar yang telah dicincang di dalam air panas. Kemudian minum air tersebut dua hingga tiga kali sehari.



(**)4. Mengurangkan Ketidakselesaan Perut

(**)Halia dapat membantu dalam penghadaman,seterusnya meningkatkan penyerapan makanan dan mengelakkan sakit perut.



(**)5. Menguatkan Antibodi

(**)Pengambilan sedikit halia setiap hari boleh membantu mengurangkan risiko strok dengan menghalang lemak melekat pada arteri. Ia juga dapat mengurangkan jangkitan bakteria dalam perut, dan membantu melegakan batuk dan kegatalan tekak.



(**)6. Membuang Angin

(**)Ramai yang tahu,air rebusan halia yang dicampur dengan lada hitam dapat membuang angin di dalam usus. Malah air rebusan halia ini sangat sesuai untuk wanita yang baru bersalin dan mereka yang kerap kali mengalami masalah angin seluruh badan.



(**)Info Ekstra!

(**)Resepi Jus Halia Bersama Limau Nipis / Kasturi

(**)Bahan-Bahan:

(**)Halia yang dibuang kulit dan dihiris nipis
(**)1 sudu besar jus limau kasturi / limau nipis
(**)Air suam
(**)3 sudu kecil gula
(**)Cara Penyediaan:

(**)Campurkan hirisan halia bersama limau nipis atau limau kasturi di dalam jug. Masukkan juga air suam. Gula tadi dikacau sehingga larut di dalam cawan berisi air panas,kemudian,masukkan gula yang telah larut itu ke dalam jug yang berisi halia dan limau itu tadi. Kacau sehingga sebati. Tambah ais sekiranya perlu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan