Sabtu, 14 Mei 2016

Gula Batu Mengandungi Zat Pelembut

Gula Batu Mengandungi Zat Pelembut Yang Mampu Menanggalkan Sel-Sel Kulit Mati


(**)Kebiasaannya, kita mendengar gula batu dan gula-gula lain hanya dikaitkan dengan penyebab pelbagai jenis penyakit terutama diabetes. Namun tidak ramai yang mengetahui gula batu juga mempunyai manfaat tersendiri.

(**)Perlu diingatkan, dari segi penggunaan dalam makanan atau minuman tidak digalakkan, kerana jika terlebih kandungan, ia pasti memudaratkan. Gula batu tidak mengandung vitamin dan serat tatapi hanya mengandungi sejumlah kecil mineral.

(**)Dalam dunia kecantikan, penggunaan gula telah lama dipraktikkan masyarakat dahulu sebagai salah satu rawatan semulajadi. Gula boleh diolah menjadi aneka produk kecantikan khususnya untuk melembutkan kulit. Ia dikatakan mengandungi zat pelembut yang mampu menanggalkan sel-sel kulit mati.

(**)Misalnya masyarakat Romania menggunakan campuran gula batu, madu dan susu untuk merawat kulit. Dalam perubatan Cina pula, gula batu dicampur dalam minuman herba untuk kesihatan. Ia dikatakan membantu mengurangkan panas badan dan juga melegakan batuk serta kahak.

(**)Jadi, cubalah sendiri!

(**)Manfaat Gula Batu

(**)Meredakan radang batuk serta kahak.
(**)Mengurangkan demam panas.
(**)Menambah tekanan darah.
(**)Meningkatkan fungsi otak.
(**)Menyembuhkan kemurungan.
(**)Digunakan dalam kecantikan.

(**)Kandungan manfaat gula batu berbanding gula pasir dan gula merah

(**)Dengan menggunakan kaedah ‘tenaga’ maka kita dapat kandungan manfaat terhadap pankreas dari ketiga jenis gula iaitu gula pasir dan gula batu. Gula pasir menghasilkan nilai negatif, baik bagi tubuh mahupun bagi pankreas, yang bermakna tidak baik untuk kesihatan. Gula batu memberikan hasil positif bagi tubuh dan pankreas, yang bererti bermanfaat bagi kesihatan.

(**)Gulabatu: Kandungan manfaatpadatubuh=+5, terhadappankreas=+3.
(**)Gulapasir: Kandungan manfaatpadatubuh=-15, terhadappankreas=-5.

(**)Kesimpulan

(**)Biarpun kandungan gula batu dilihat lebih baik berbanding gula pasir, janganlah anda mengambilnya pada kadar yang banyak. Berpada-pada dan fikirkan juga kesihatan anda!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan