Rabu, 6 Januari 2016

SIREH


Pengenalan

Ada beberapa jenis sireh yang dikenal di dalam masyarakat. Misalnya, sireh jawa (daun lebih lembut, kurang tajam, hijau rumput), sirih belanda (daun besar, hijau tuam rasa dan bau tajam dan pedas), sireh cengkeh (kecil, daun kuning, rasa seperti cengkeh), sireh kuning, dan sireh hitam.
Sireh sangat kaya dengan kandungan zat berkhasiat. Di antaranya, minyak atsiri, hidroksikavicol, kavicol, kavibetol, allylpyrokatekol, cyneole, caryophyllene, cadinene, estragol, terpennena, seskuiterpena, fenil propana, tanin, diastase, gula, dan pati.
Efek zat aktif yang dikandung seluruh bahagian tanaman sireh adalah merangsang syaraf pusat, merangsang daya pikir, meningkatkan gerakan peristaltik, merangsang kejang, meredakan sifat mendengkur. Daun sirih memiliki efek mencegah ejakulasi prematur, mematikan jamur Candida albicans, anti kejang, analgesik, anestetik, pereda kejang pada otot polos, penekan pengendali gerak, mengurangi sekresi cairan pada liang vagina, penekan kekebalan tubuh, pelindung hati, dan antidiare.
Khasiat Daun Sirih

KHASIAT DAUN SIREH
1- MEMBANTU MASALAH RESDUNG
Sedut air rebusan sireh perlahan-lahan beberapa kali dan amalkan setiap hari.

2- PENCUCI DAN PENYEGAR MUKA
Basuh atau cuci muka dengan air rebusan daun sirih pada setiap pagi. Ia juga boleh membantu mengurangkan jerawat.
3- MENCEGAH BAU KETIAK
Rendam 2-3 helai daun sireh dalam setengah gelas air panas. Masukkan 1 sudu teh gula dan biarkan suam-suam kuku. Asingkan daun sireh kemudian diminum. Amalkan 2-3 kali seminggu.

4- MENYEGARKAN DAN MENCEGAH BAU BADAN
Rebus daun sireh secukupnya untuk dibuat mandian.
5- UBAT BISUL DAN BENGKAK
Ambil beberapa helai daun sirih, sedikit gambir dan kapur. Tumbuk sehingga lumat dengan sedikit air. Kemudian sapukan di sekeliling bisul tersebut. Biarkan sehari semalam. Ulang sehingga pulih.
6- MEMBANTU MASALAH WANITA
 Ambil daun sirih secukupnya dan direbus bersama garam kasar dan buah manjakani. Gunakan air rebusan daun sirih yang masih suam untuk dibuat cebok atau membersihkan alat sulit.
7- HIDUNG BERDARAH
Ambil sehelai daun sirih, diramas sehingga lembut kemudian sumbatkan ke dalam lubang hidung. Dongakkan sedikit kepala dan bernafas seperti biasa. Selang beberapa minit pendarahan akan berhenti.

8- MASALAH GUSI DAN BAU MULUT
Kunyah daun sirih sehingga lumat dan berkumur-kumur sehingga bersih dari sisa-sisa sireh. Lakukan sekurang-kurangnya 3 kali sehari.

9- MASALAH BATUK
Minum setengah cawan air rebusan sireh setiap malam sehingga masalah batukberkurangan.

Khasiat Daun Sirih 1
KEPERLUAN ASAS TANAMAN
Sesiapa yang baru nak berjinak dengan tanaman sirih, di sini saya akan kongsikan sedikit tips cara penanaman pokok sirih. Nak tanam pokok sirih ni memang amat mudah. Pokok sirih hidup subur di tanah yang tidak terlalu lembap tetapi kaya dengan bahan organik. la boleh dibiakkan dengan menggunakan keratan pucuk matang, berukuran 30-50 cm panjang serta mengandungi tidak kurang dari 2-3 nod.
Keratan elok diakarkan terlebih dahulu selama dua bulan sebelum diubah ke tapak tanaman kekal. Semasa pengakaran, anak pokok perlu diberi kayu sokongan sementara tetapi apabila dipindahkan ke tapak penanaman kekal, kayu sokongan yang lebih teguh perlu digantikan. Dua bulan selepas diubah, pucuknya dipangkas untuk menggalakkan pengeluaran cabang sisi. Sebahagian dari cabang-cabangnya akan menjalar di atas tanah menutupi bumi dan ini memberikan tarikan keindahan pokok sirih di dalam hiasan. Daun sirih boleh dituai apabila pokok telah mencapai umur 3-4 bulan mengikut kesuburan pokok. Jangkahayat pokok sirih boleh melebihi dari 10 tahun jika diberikan cukup baja. Baja kimia seperti NPK hijau atau baja organik boleh digunakan.
Daun adalah bahagian utama yang digunakan. Daun boleh digunakan semasa masih segar atau diproses untuk pengeluaran minyak pati (minyak sirih). Di Malaysia daun sirih banyak digunakan bagi kegunaan segar terutama bagi kaum India.
Khasiat Daun Sirih 2Khasiat Daun Sirih 2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan