Isnin, 18 Januari 2016

Penawar Jantung Tersumbat

Ramuan
45 g cendawan hitam putih (kering)
10-14 buah kurma merah
8 hirisan panjang halia (2 cm/hirisan)
Caranya
Rebus semua bahan di atas dengan 4 liter air (lebih kurang 8 mangkuk air) dengan api yang sangat perlahan selama 3-4 jam, sehingga airnya tinggal 1 mangkuk (2 gelas). Minum airnya 1 gelas pagi dan 1 gelas petang.
Nota: Air rebusan hendaklah dibuat sekali untuk sekali minum. Air rebusan ini in sya Allah dapat membuka saluran darah yang tersumbat atau sempit. Bagi orang yang mempunyai salur darah di jantung yang sempit atau tersumbat, amalkan setiap hari. Sebagai langkah pencegahan, air rebusan ini juga elok diamalkan oleh orang yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi, mungkin dibuat seminggu sekali (tak perlu buat hari-hari).
Semoga info ini bermanfaat untuk semua yang ingin mencubanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan