Sabtu, 9 Januari 2016

Pokok Rumput Tepi Jalan


Che Murad Abdullah ke Jadi ubatkah herba ini?
Jangan pandang lekeh pada rumput ditepi jalan ni. banyak khasiatnya. namanya Ara tanah, Susu Kambing, Gendong Anak, Gelang Susu, Patikan atau keremak rumput ditepi jalan.
ada juga yang panggil pokok ni pokok susu nabi, sebab getah dia warna putih macam susu. Biasanya buat menambahkan susu (utk yg menyusu anak) dengan merebus pokok ni dan minum airnya.
yg di pndang seperti rumput2 inilah paling mujarab original perubatan traditional...tetapi sayangnya hanya diketahui oleh pakar2 perubatan traditional dan tidak dihebahkan.
Nama Botani : Euphorbia Hirta Famili : Euphorbiaceae
Pengenalan Pokok : Sejenis herba kecil, berbatang lembut dan tumbuh menegak.
Pokok ini mudah dikenali kerana pertama ia mempunyai getah berwarna putih, "daunnya tumbuh berpasang". Batangnya hijau kemerah-merahan dan akan mengeluarkan getah apabila dipatahkan.
Daunnya kecil, berwarna hijau dan berbulu dengan pangkal daunnya tirus sebelah. Bunganya terbentuk di ketiak daun dalam kelompok.
ianya boleh dijumpai dibahagian yang berbatu seperti ditepi jalan tar, dikawasan tnb berpagar dan kat tepi rumah..tapi kita cabut dan buang.
Pokok ara tanah ini boleh didapati di merata kampong di seluruh Malaysia. Tingginya lebih kurang 10-30 cm bergantung kepada kesuburan tanah. Juga dikenali sebagai susu nabi, susu kambing, gelang susu, lancang.
Sering digunakan oleh surirumah di kampong-kampong untuk merawat penyakit lelah, paru-paru, batuk serta sakit kerongkong.Untuk tujuan ini biasanya seluruh bahagian pokok termasuk akar direbus dan diminum air rebusannya. Boleh juga digunakan untuk merawat penyakit kulit. Daun, batang serta akarnya ditumbuk bersama sedikit air dan ditampal ditempat yang berpenyakit.
Bagi rawatan katarak, sedikit getah ara tanah ini dititik ke dalam mata. Walau bagaimana pun getah ini tidak boleh dimakan, boleh menyebabkan keracunan! so jangan overdose atau gunakan secara luaran sahaja, ditumbu dan ditampal pada bahagaian yang sakit.
Getah Pokok ni blh mengubat ulser pada bibir..kompom elok cepat..tp tahan la sikit nya..
gunakan rumput ini untuk mengecutkan sesuatu spt buasir, bisul dan bengkak gaut.
ada juga orang menceritakan bahawa jika air rebusannya diminum, ianya boleh melegakan lenguh-lenguh sendi dan sakit urat dalam badan.
1. cabut hingga akar cuci..Rebus dn minum airnya. mnum 1hari skli sje. rasanya sedap macam madu tawar.
2. Ambil 3 batang dgn akar sekali daun buang dan rebus atau rendam dgn air panas satu hari sekali minum insya Allah penyakit gaout dapat dihapuskan selamat mencuba.

7 ulasan:

  1. Salam mohon penjelasan.. Dikatakan getahnya beracun.. Jika di rebus boleh pula diminum airnya.. Bagaimana tu tuan? Pls..

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Katanya Bagi rawatan katarak, sedikit getah ara tanah ini dititik ke dalam mata. Walau bagaimana pun getah ini tidak boleh dimakan, boleh menyebabkan keracunan! Minta penjelasan...

      Padam
  3. pelik pulak...kata boleh rebus dan minum...pastu getah beracun pulak

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Rebusan dpt hilangkan racun mcm pucuk ubi gajah perlu direbus sebelum dimakan

    BalasPadam