Isnin, 22 Februari 2016

RAWAT TUMIT KAKI PECAH

PETUA MERAWAT TUMIT KAKI YANG PECAH DAN MENYAKITKAN..

TUMIT KAKI PECAH
    Tumit kaki pecah merupakan salah satu penyakit yang biasa dialami oleh orang dewasa. Tumit kaki yang pecah ini akan terasa kering dan sakit ketika menapak di lantai.  Ianya terjadi kerana kekurangan vitamin, mineral (zink dan zat besi), dan omega 3. 

   Selain daripada meletakkan cream  ataupaun losyen khas untuk merawatnya, berbagai petua juga boleh diamalkan untuk menjadikan tumit kaki anda bersih dan sihat seperti biasa.  Selamat mencuba..

PETUA RAWAT TUMIT KAKI PECAH

Cubalah mana-mana petua di bawah untuk hilangkan pecah pada tumit kaki.

1. Buah kedondong dan kunyit hidup
Hiris 5 biji buah kedondong dan tumbuk bersama 2cm kunyit hidup hingga hancur. Letakkan bahan yang telah ditumbuk di atas daun sirih dan lipatkan. Layur lipatan daun tersebut atas api perlahan. Apabila suam-suam panas, tampalkan pada tumit kaki dan balut dengan kain. Amalkan seminggu sekali.

2. Bawang merah
Perah jus dari bawang merah dan sapukan pada tumit kaki yang pecah. Amalkan selalu hingga berpuas hati.

3. Belimbing buluh
Gosok buah belimbing buluh pada tumit setiap kali sebelum mandi. Biarkan seketika dan gosok dengan kain untuk hilangkan kulit kasar.

4. Asam Jawa 
Lumur sedikit asam jawa di tumit kaki kemudian rendamkaki dalamair suam berisi garam (seelok-eloknya gunagaram bukit). Lakukan selalu sehingga tumit kaki licin.

5. Rumput
Geselkan tumit kaki pada rumput yang masih berembun di waktu pagi. Lakukan setiap hari sehingga berpuas hati.

6. Lemak ayam
Panaskan lemak ayam sehingga menjadi minyak. Sapukan pada tumit setiap malam sebelum tidur.

7. Nasi
Lenyekkan beberap butir nasi dan tempek pada bahagian yang merekah. Ulang beberapa kali sehari setiap hari.

8. Daun pisang
Ramas beberapa helai daun pisang yang kering dangosokkan pada tumit kaki. Amalkan selalu.

9. Asam gelugur
Masukkan beberapa keping asam gelugur dan beberapa sudu cuka ke dalam baldi kecil berisi air sejuk. Rendamkan kaki selama 10 minit. Amalkan setiap hari.

10. Betik muda
Gosok getah betik muda pada tumit kaki. Biarkan kering selama 10 minit dan bilas dengan air bersih. Amalkan 2 kali seminggu.

TUMIT KAKI YANG SIHAT
P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Facebook Page : Resepi Sheila Rusly
More Resepi : www.resepisheilarusly.com

Kalau Nak Share SILA Komen “ SAYA SHARE ” Mohon Kerjasama tq
Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan