Selasa, 23 Februari 2016

Pisang restali masam

PETUA UNTUK JANTUNG TERSUMBAT
Mungkinkah Pohon pisang kelat keling masam atau “restali masam” setaraf dengan harga/kos pembedahan jantung RM18-40K ? Percaya atau tidak cubalah dulu. Ambil sejengkal tunas atau anak pohon pisang “restali masam” atau “kelat keling masam” (Bahasa Kelantan). Potong agak kecil dan rebus. Air rebusan yang bewarna agak sedikit kemerahan sedia diminum untuk merawat masalah jantung tersumbat. Minumlah sekali sehari (‪#‎Amaran‬-jangan lebih dari sekali sehari sahaja) Pengalaman ini dipetik dari Cikgu Ismail seorang pengamal perubatan tradisional dari Kampung Padang Rokma, Wakaf Bharu Kelantan.
Haji H (bukan nama sebenar) dari Pondok Tok Selehor, Tumpat, Kelantan menceritakan kepada saya petang tadi kesan meminum air rebusan tersebut “hanya beberapa kali minum” hilang masalah jantungnya yang tersumbat,sangat berkesan katanya, beliau pernah tidak sedarkan diri selama tiga minit kerana mengalami masalah serangan jantung secara mengejut. Tambahnya lagi rasa hirisan halus di bahagian ulu hati memang jelas merupakan simptom jantung tersumbat. Pengalaman orang lain pula yang tak mahu namanya diketengahkan katanya “Jika kita tercungap-cungap bernafas kerana mengalami masalah jantung, minumlah air rebusan ini, Insyaallah tak sampai satu jam pun selepas minum, akan lega sakan !!!”
Pasti ini rezeki besar kurniaan Allah SWT kepada pesakit jantung tersumbat atau strok. Tidak dapat dikaitkan dengan jelas apakah air rebusan ini dapat melarutkan lapisan kolestrol di bahagian dalam arteri darah (arteriosklerosis) serta melembutkan arteri itu sendiri atau bagaimanakah ia bertindak?….Entahlah apakah bahan aktif yang wujud pada pohon pisang ini. Yang jelas ia ada sedikit getah dan cecair di dalam batangnya, dan yang pasti bagi Haji H ia amat berkesan. Insyaallah Selamat
* nama lain bagi pohon pisang ini di Kelantan mengikut daerah geografi ialah:
- Kelat Keling Cina
- Raja Serai
- Pisang Nor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan