(**)Daun semambu adalah sejenis tumbuhan dari keluarga mahogani iaitu Meliaceae. Tumbuhan ini dikatakan berasal dari India, Myanmar, Bangladesh, Sri Lanka dan Pakistan. Namun tumbuhan ini juga tumbuh di kawasan tropika dan kawasan semi-tropika.
(**)Berbatang pokok hijau, berdaun lebat yang terbahagi kepada helaian-helaian daun dimana setiap daun menyamai daun yang matang. Ia mempunyai bunga putih kecil di hujung ranting dan buah berwarna hijau atau kuning dan setiap satunya berbiji. Pokok ini boleh membesar sehingga 10 ke 10.5 meter tinggi dengan lilitan berukuran lebih kurang 2 hingga 3 meter. Batangnya adalah bertonik pahit dan berangsangan. Kulit akar mempunyai ciri-ciri yang sama dengan kulit batang.
(**)Khasiat Daun Semambu
(**)Jus yang dikeluarkan dengan menggosok beberapa helai daunnya dengan sedikit air dan diperah dengan kain yang bersih sangat berguna untuk mengubati sakit pada mata akibat konjunktivitis. Ianya disuamkan dan dititiskan beberapa titis kedalam telinga bertentangan dengan mata yang sakit untuk melegakan kesakitan. Mata akan menjadi baik setelah diulangi beberapa kali.
(**)Daun semambu juga berguna pada penyakit mata. Menitiskan jus daun semambu ke mata setiap malam sangat berkesan untuk mengubati penyakit buta waktu malam.
(**)Daun semambu dianggap sebagai pembersih udara dan mencegah dari penyakit demam Malaria dan Kolera. Infusi atau air rebusan daun segarnya adalah merupakan tonik sayuran pahit dan alternatif terutama bagi mengubati demam malaria yang kronik disebabkan tindak balas nya keatas hati. Ianya hendaklah diambil dengan kadar 15 ke 60 grams.
(**)Digunakan di bahagian luaran sangat berkesan kepada penyakit kulit terutamanya bisul, ulser kronik, letusan cacar (smallpox), kudis sifilis, bengkak kelenjar dan luka. Ianya boleh digunakan secara tuam, rebusan atau sapuan.
(**)Salap (oinmen) yang disediakan dari daun semambu sangat berguna untuk mengubati ulser dan luka. Pes yang disediakan dari kulit kayunya dengan menggosoknya didalam air juga boleh digunakan untuk menggubati luka.
(**)Air dari daun semambu telah didapati berguna untuk mengubati penyakit kusta apabila diambil dengan kadar 60 gram setiap hari. Sekaligus badan pesakit di urut dengan air dari pokok ini. Cara ini diteruskan untuk selama 40 hari.
(**)Membasuh rambut dengan air rebusan daun semambu dapat menghalang rambut dari gugur atau patah. Ianya bukan sahaja dapat mengelakkan rambut dari gugur malah ianya membantu penumbuhan rambut. Penggunaan minyak neem/margosa juga dapat menghapuskan serangga/kutu dikepala.
(**)Membersih gigi selalu dengan rantingnya dapat mengelakkan dari penyakit gusi. Ia mengukuhkan gigi yang longgar, melegakan sakit gigi, menghilangkan bau busuk dan melindungi mulut dari pelbagai jangkitan.
(**)Daun semambu sangat berguna semasa bersalin. Penggunaan jus daun kepada wanita yang hendak bersalin sebelum kelahiran dapat mewujudkan kontraksi normal pada rahim dan dapat menggelakkan kemungkinan keradangan. Ia juga membetulkan pergerakkan perut dan mengawal demam dan dengan itu membantu bersalin secara normal.
(**)Menggunakan air suam rebusan daun semambu untuk membasuh faraj dapat menyembuhkan luka akibat dari bersalin dan menggelakkan jangkitan dalam lorong faraj.
(**)Daun semambu juga adalah pemusnah serangga yang kuat untuk membunuh nematod tanah dan parasit tumbuh-tumbuhan yang lain.
(**)Fomentasi wap hasil dari rebusan daun semambu dapat memberikan kelegaan bagi kes-kes sakit telinga. Beberapa helaian daun semambu hendaklah direbus dekatkan teliga kepada wap yang keluar dari rebusan tersebut. Jus daun semambu dicampur dengan sama banyak kuantiti madu lebah amat berkesan untuk mengubati bisul didalam telinga. Jus tersebut disuamkan dahulu dan kemudian dititiskan beberapa titisan kedalam telinga. Diulangi beberapa hari akan melegakan sakit akibat bisul tersebut.
(**)Bagi kes di mana serangga memasuki telinga, jus daun semambu dengan sedikit garam biasa disuamkan dan dititiskan ke dalam telinga dapat membunuh serangga tersebut. Dua titisan suam kuku minyak daun semambu ke dalam telinga dua kali sehari boleh memulihkan pekak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan