6 Makanan Yang Wajib Ada Di Rumah Untuk Kaum Wanita
(**)Istilah cantik bukan diukur pada luaran, yang konon nampak gebu dan putih melepak. Tapi cantik dalaman itu lagi penting, jadi punca utama nak jaga bab ini anda haruslah tekankan bab pemakanan sihat.
(**)Ya, percayalah anda adalah apa yang anda makan! Ok, kita selongkar satu-satu makanan yang betul bagus untuk tubuh badan kaum wanita...
(**)1. Madu
(**)Madu kaya dengan pelbagai khasiat, bukan sahaja baik untuk kecantikan malah dikatakan dapat meningkatkan kesihatan. Amalkan makan madu satu sudu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dapat membekalkan tenaga dan membersihkan dalaman tubuh. Madu juga boleh dijadikan masker untuk melembapkan wajah dan menaikkan seri. Sapuan madu pada bibir juga membantu mengatasi masalah bibir hitam.
(**)2. Jamu/ Herba
(**)Jangan hanya amalkan jamu atau herba ketika berpantang. Sebaliknya jadikan sebagai amalan harian. Jamu dan herba membantu membersihkan dalaman tubuh dan memelihara kecantikan dalaman wanita. Dikatakan dapat membaik pulih masalah dalaman yang dihadapi kaum Hawa. Lihat sahaja wanita Indonesia yang mengamalkan jamu, tubuh mereka langsing dan kulit anjal. Itu hasilnya selepas mengamalkan jamu sejak remaja.
(**)3. Minyak Zaitun
(**)Jadikan minyak zaitun sebagai suplemen harian anda. Makan sebelum tidur malam, minyak zaitun sangat baik untuk memelihara kelembapan kulit. Ia membantu menjadikan kulit lembap, halus dan cerah. Selain itu, minyak Zaitun juga dapat meningkatkan kesihatan.
(**)4. Habatusauda
(**)Jika tidak mampu makan jamu atau herba, amalkan Habatusauda. Kandungannya sangat baik untuk kesihatan dan dipercayai dapat melangsingkan tubuh serta membantu proses perkumuhan. Pengambilan Habatusauda secara konsisten akan membuatkan tubuh segar dan berasa hangat.
(**)5. Sayur atau Ulam
(**)Ramai yang gemar makan sayur tetapi mereka tidak mendapat khasiat yang terkandung di dalam sayur dan ulam. Ini kerana cara masakan yang salah. Sayur yang terlalu masak hilang khasiatnya. Pastikan anda memasak sayur dengan cara betul. Nikmati khasiat seperti Vitamin yang terkandung di dalam sayuran dan ulaman.
(**)6. Buah-Buahan
(**)Buah-buahan enak dimakan, setiap satu daripadanya mempunyai khasiat yang berbeza. Pilih buah-buahan yang tinggi kandungan Vitamin. Ini membantu menjadikan kulit cantik berseri. Selain itu, buah-buahan juga dapat melancarkan perkumuhan dan membantu menurunkan berat badan. Buah-buahan juga boleh diolah menjadi masker untuk merawat pelbagai masalah kulit.
(**)Masih ghairah nak makan macam-macam produk? Tak perlu, janji anda yakin dengan pengambilan sihat seperti senarai di atas. Wanita mestilah nak cantik luar dan dalam untuk si dia, kan? Selamat mencuba...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan