Khamis, 15 September 2016

Patah tulang

Khasiat Pokok Tetulang

khasiat pokok tetulang 3

Info dan Khasiat Pokok Tetulang

Pengenalan Pokok Patah Tulang adalah sejenis tanaman yang mudah hidup di tanah yang mendapat cahaya matahari atau tempat terbuka yang lapang dan luas. Nama saintifiknya ialah Euphorbia Tirucalli. Pokok ini mempunyai banyak cabang yang mana apabila batangnya dipatahkan, getah putih akan terkeluar. Pelbagai khasiat boleh dihasilkan daripada pokok ini, diantaranya ialah getah pokok ini amat

Khasiat Pokok Tetulang

Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.
Artikel kali ini membincangkan tentang Khasiat Pokok Tetulang yang mana mempunyai pelbagai nama dan khasiat seperti ,.
Info tentang Khasiat Pokok Tetulang ini kami masukkan dalam kategori : HerbaTips dan PanduanUbat
MKH
Vgrip
Kunyit putih
Vxgra Krim

khasiat pokok tetulang 3

Pengenalan

Pokok Patah Tulang adalah sejenis tanaman yang mudah hidup di tanah yang mendapat cahaya matahari atau tempat terbuka yang lapang dan luas. Nama saintifiknya ialah Euphorbia Tirucalli. Pokok ini mempunyai banyak cabang yang mana apabila batangnya dipatahkan, getah putih akan terkeluar. Pelbagai khasiat boleh dihasilkan daripada pokok ini, diantaranya ialah getah pokok ini amat mujarab untuk mengubati luka apabila terpijak kaca atau tertusuk duri. Selain itu, ia juga mampu mengubati sakit-sakit urat dan patah-patah ringan anggota badan.
TULANG-TULANG atau TETULANG merupakan tumbuhan herba yang agak pelik bentuknya. Kalau dilihat sekali lalu mungkin pokok yang nama botaninya dipanggil Euphorbia tircalli ini disangka hampir mati, walaupun ia sebenarnya tumbuh segar.Berbeza dengan kebanyakan tumbuhan lain yang sekurang-kurangnya mempunyai daun, tetulang langsung tidak berdaun apa lagi berbuah.Keunikan tumbuhan ini turut diakui oleh pegawai dan Pusat Sumber Genetik Tumbuhan.Menurutnya, bentuk batang dan ranting dahan pokok tetulang adalah panjang dan membulat. Susunan ranting dahannya seolah-olah seperti rangka tulang manusia.
khasiat pokok tetulang

Khasiat

Dari sudut perubatan tradisional Melayu, pokok tetulang ini amat berkhasiat dan berkesan untuk merawat bisul, kesan bengkak dan juga kepatahan tulang.Walaupun ia merupakan tumbuhan tanpa daun dan buah, tetapi secara tradisi ia dikatakan mampu merawat bisul, kesan bengkak dan patah,khasiat tumbuhan ini tertumpu pada cecair getah warna putih yang keluar apabila dipatahkan mana-mana dahannya yang sudah matang.Tetapi untuk merawat bisulbengkak atau patah, perlu terlebih dahulu melayurkan ranting dahannya yang segar atas api yang sederhana besar.Layurkannya atas api dalam beberapa minit dan bila kepanasannya reda sedikit, tuapkan ranting dahan pokok tetulang ini pada tempat yang terkena bisul,bengkak atau patah tadi.Kemudian balutlah dengan daun pisang atau kain bersih. Amalkan sehingga kesan kesakitannya hilang.Untuk lebih keberkesanannya basut mengunakan daun pisang.
khasiat pokok tetulang 2

Tip-tip perubatan

1) Merawat bisul, kesan bengkak dan patah.
– untuk merawat bisul, bengkak atau patah, perlu terlebih dahulu melayurkan rantin
dahannya yang segar atas api yang sederhana besar. “Layurkannya atas api dalam beberapa
minit dan bila kepanasannya reda sedikit, tuapkan ranting dahan pokok tetulang ini pada
tempat yang terkena bisul, bengkak atau patah. Balutlah dengan kain bersih. Amalkan
sehingga kesan kesakitannya hilang.
2) Pokok ini juga digunakan untuk menghilangkan ketuat
– ambil cecair getah warna putih yang keluar apabila dipatahkan mana-mana dahannya yang
sudah matang, selawat dan sapu pada kawasan yang terkena ketuat setiap hari sehingga
hilang.
3) Digunakan untuk sakit sendi tulang
– patahkan beberapa ranting pokok tulang bersama getahnya…rebuskan pokok tersebut..dan
air rebusan tersebut dijadikan air mandian.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

1 ulasan:

  1. Pesakit radang paru-paru Copd

    En. Abd Kadir bin Sumardi berusia 42 tahun ialah pengguna produk jus Jutawan herbs. Beliau telah disahkan mengidap kanser radang paru-paru pada akhir tahun 2020. Petanda awal sakit yang dihidapinya ialah batuk tak berhenti selama 3 bulan. Batuk yang berkahak dan adakalanya berdarah. Setelah mendapatkn rawatan di pelbagai klinik kerajaan dan swasta ,batuk beliau tetap tak sembuh selain itu juga sukar bernafas dan dada terasa sakit sangat.
    Banyak rawatan alternatif dari produk luar yang beliau ambil tapi tak berkesan. Kemudian rawatan hospital diteruskan termasuk prosedur X-ray dan sebagainya. Doktor pun mengesahkan beliau mengidap radang paru-paru akibat dari pencemaran alam sekitar yang mengandungi bahan kimia.

    Untuk makluman, En. Ab Kadir bekerja dalam persekitaran yang mengandungi pencemaran bahan kimia. Dengan bantuan sahabatnya yg telah berkongsi testimoni pengguna-pengguna produk Jutawan Herbs yang lain di facebook Jutawan Herbs, beliau pun menghubungi saya untuk mencuba jus tersebut. Beliau mendapatkan nasihat dan pandangan daripada saya lalu saya mengesyorkan beliau jus-jus yang sesuai dengan radang paru². Alhamdulillah dalam masa 2 minggu minum jus tersebut ,katanya sekejap saja kesan sudah terasa. Batuk samakin berkurang, nafas semakin lancar dan lega, beliau terus mengamalkan 2 jenis jus yang disyorkan selama beberapa bulan sehingga masalah pernafasan dan batuk terus semakin baik. Dari pengalaman yang saya berjumpa pesakit-pesakit sebelum ini, penyakit radang paru-paru copd adalah penyakit yang tiada ubatnya dan pesakit perlu menggunakan oksigen sekiranya semakin teruk. Tapi Alhamdulillah sehingga kini beliau makin sihat dan terus mengamalkan jus ini. Syukur pada tuhan atas kesumbuhan yang diberikan. Semoga maklumat yang sedikit ini dapat membantu pesakit lain juga di luar sana untuk sembuh.
    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..😉

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap saya sendiri okay👇🏻
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼


    Call order wasap@call saya- En mohd zuhairi- 0174687570

    😁kalau wasap saya blas lambat (biasa nya sebab ramai yg wasap saya.)
    Tak pa nanti sy balas wasap pelan2 taw
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring
    En. Mohd Zuhairi ,Pengasas Jutawan Herbs- 017468 7570

    BalasPadam