Jenis Minuman Pelangsing Badan
Berikut ini jenis minuman kuruskan badan :
1. Jus Buah Tanpa Gula
(*)Memiliki kandungan nutrisi dan vitamin yang lebih tinggi. Lebih baik diminum dengan seratnya. Jika ingin membeli jus buatan, pilihlah jus yang seratus peratus asli dan kadar gulanya rendah.
2. Jus Sayuran
(*)Sayuran mentah adalah sumber serat dan antioksidan yang baik. Nutrisinya sama sahaja dengan jus buah, namun kalorinya separuh. Serat sayuran berfungsi sebagai ‘fat blocker’ (zat yang menghalang pembentukan lemak).
3. Smoothies Buah
(*)Campur dengan susu cair, tanpa gula atau pemanis lain. Buah kaya vitamin B kompleks, dapat mengolah lemak menjadi energi.
4. Teh Hijau
(*)Memiliki banyak manfaat kesihatan, serta dapat meningkatkan mekanisme pembakaran lemak sehingga 40%. Ekstrak teh hijau dengan antioksidan yang tinggi akan meningkatkan pengaliran oksigen di dalam darah sehingga tubuh akan menjadi lebih sihat.
5. Susu
(*)Kalsium dalam susu krim membantu menghalang gen yang membentuk lemak. Perut akan terasa lebih kenyang sehingga membuatkan anda makan lebih sedikit.
6. Air Putih
(*)Air putih adalah minuman yang paling baik. Ia bebas kalori, lemak dan juga karbohidrat. Air putih tidak akan mempengaruhi berat badan atau kadar gula dalam darah. Sebaliknya boleh melangsingkan badan, disebabkan pembakaran lemak yang berlaku dalam media cecair.
7. Kopi Hitam
(*)Membantu melepaskan lemak dan menjadikannya energi. Tapi hadkan pengambilannya, jangan lebih daripada empat gelas sehari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan