Nak perut kempis tapi malas bersenam. Mesti ramai yang dalam kategori ini kan. Tapi sebenarnya perkara ini boleh direalisasikan. Caranya mudah saja , amalkan minum Jus Timun dengan teratur . Tapi ia harus diminum secara konsisten.
Bahan-Bahan Jus Timun1 biji timun
1 biji lemon (jus)
1 ikat kecil parsley atau cilantro
1 sudu besar halia yang diparut
1 sudu besar jus aloe vera
½ gelas air
Hasilkan jus dengan menggabungkan semua bahan ini. Minum sebelum tidur, elakkan makan selepas mengambil minuman ini. Minuman ini dikatakan akan menghancurkan lemak di bahagian perut jika diminum secara teratur. Waktu tidur aktiviti metabolik akan perlahan waktu tidur dan ketika ini lah minuman ini bertindak membakar lemak dengan berkesan.
Timun dan lemon yang terkandung dalam minuman ini adalah rendah kalori tapi kaya antioksidan membuatkan ia berkesan untuk mengurangkan lemak. Manakala halia dan aloe vera pula mempercepatkan proses metabolisme.
mummynemo

Tiada ulasan:
Catat Ulasan